Wednesday, October 26, 2011

Badi Britannia Berakhir.!!


Sambil buat pistol cium lambang Liverpool.harapnya setia.Tak seperti Torres dan Meireless,main sebab gaji.



Ini best.buat cerita pasal team sendiri menang.lepas geram pn aku.ya la itu hari sakit hati draw sama sang kenari,iaitu Norwich City.ahaa.itu hari di liga tewas di Britannia Stadium.yang menjadi penghukum segala team kuat.

Thanks Suarez #Pistolero7.Youll Never Walk Alone.teruskan rentak mcm ni k.
aku sayang Liverpool.bye.~

Sunday, October 23, 2011

Ahad keramat



Dipilih game malam tadi,aku memilih ini sebagai Man of the Match.
siapa dia ni.?ini lah Wiz Khalifa.bodoh,x tau bertanya.
inilah David Silva.


Gambar paling best minggu ni.aku benci dia,
tapi sebab baju dalam best,aku amik je la.




Dimulakan satu2 cerita.sebab kalau satu cerita disekalikan baik aku buat kenduri cukur jambul terus.alang2 ajak ramai2 baca.ok tak kelakar.

Man Utd vs Man City
entri ini panjang sikit kott.sebab aku more to football.Ok seperti mana yang semua tau,ini merupakan game yang ditunggu oleh fan United dan fan Acah2 City.haha.Hari ini Si jiran City telah berjaya memadam rekod United yang tanpa kalah sekali gus memadamkan ego United musim ini tika saat ini juga.di Old Trafford menjadi saksi.dengan motto City 'Superbia in Praelia' tercatat pada dada jersi mereka,bermaksud Pride in Battle telah menunjukkan betapa bangganya mereka ketika beraksi dan waktu menjaringkan gol.Di mana Dzeko menunjukkan sign 6 goals kepada fan Man U.Ok teruskan,di mana aku dapat menyaksikan kejadian pelik sebelum game bermula.1st,kedai mamak menukar gelas kaca ke gelas plastik untuk dihidangkan kepada kastemer.takut baling2 cawan katenye.hahaa.!

jadi,sekarang Fan united boleh BELIEVE yang mereka akan tumpas.jangan lupa acah2 fan City bolehlah berlagak sementara waktu dengan jersi tertulis di belakang
CHAMP1-6NS.sebagai tanda menang 1-6 ke atas United.tapi x boleh buat CHAMP16NS sebab menang liga tak sampai belas2 pun.so diam.Liverpool masih boleh berbangga,biar lah 18 itu tinggal sejarah.ia tetap tidak akan berkurang.hahaha.!

Liverpool vs Norwich City.
dimana silapnya Suarez.lupa potong kuku kaki ke.sepak asik tiang je.kencing ape kt tiang sebelum game.tu tak barkat tuh.Haha.ok gurau,aku fans Liver,takkan nak menganjing lebih2 team sendiri kott.baah,ini satu2 nye golden chance untuk kutip 3 full points sebab main dekat home.tapiiii,ntah.so dalam FantasyPremierLeague,aku telah membuat keputusan membuang Suarez buat sementara waktu.Ok taknak cerita lebih,sebab jika man u sendiri 6-1 dikeldaikan,bagaimana nasib Liverpool pula nanti apabila jumpa City.Jadi bermula esoknya aku dah cari gua yang sunyi,dan bole tonton Astro,supaya game Liver vs City aku akan saksikan di dalam gua supaya tidak dicari.k tak kelakar lagi.

This hurts, really hurts. But that's a part of football. Win or lose, I will always support my team.ade sorang minah saleh twitt.aku suka doe apa yg dia cakap.benda yang benar.yeah salut :)

Friday, October 21, 2011

Ini hari memang untuk bola.!!

Dengan ini saya mengulas tentang bola sahaja.ya bola sepak.

Mood sambil lewa dan apabila mengulas buat2 mengantuk :

Ok hari ini sambil semua meng'gah'menunggu perlawanan bola sepak liga inggeris,ada yang mula mengupdate status bbm masing2 dengan mesej semoga berjaya kepada team kesayangan masing2,seperti Mengyu,Arsenal,Lebepool,mahu pun Chelseak.tidak lupa kepada Charlton Athletic,dan Sheffield Wednesday.jadi semoga berjaya kepada semua pasukan,berusahalah Lebepool berada di kelompok 4 terbaik untuk ke CL tahun hadapan.We won it 5 times.penulis diehard Lebepool,tu nampak mcm berat sebelah tu.haha.menang atau kalah,awak tidak akan berjalan berseorangan.yeaaa.

Tidak lupa juga,perlawanan separuh akhir Piala Malaysia juga akan beraksi pada hari ini.ya ya,seperti mana yang kita tau,pasukan yang paling kental,ala2 Mengyu di Malaysia,iaitu Seleyngor,di mana hari ini kita akan menyaksikan betapa banyaknya terjahan kasar di lakukan oleh player2 Seleyngor,atau pun sepakan di belakang kaki seperti Otai England,Wayne Rooney.Tetapi tidak mungkin Selangor akan comeback seperti yang dilakukan oleh Liverpool dengan 3 goal kurang dari 6 minit.di Selangor tiada kelibat Smicer,Gerrard mahu pun Alonso..ya lah,di Stadium Shah Alam disaksikan ribuan penonton sendiri,mereka di ayam ayamkan oleh Skuad Penyu.habis yang acah2 true fang Senglanggor mengamuk,amuk mungkin merasakan pembaziran membeli duit tiket disitu.syabas skuad penyu,walaupun aku x pernah amik port pasal team ni.Match satu lagi ialah N9 lawan pasukan Tadika Ilham Jaya dididik di bawah kendalian Guru Matematik Tadika Ilham Jaya sendiri.match ni x menarik,jadi x nak cakap lagi dah.Pasukan lwan N9 sudah boleh main meneka berapa biji kacang di dalam baldi,atau lagi seronok,main lawan pemadam di dalam bilik persalinan pemain.

Terengganu vs Selangor (T)
Negeri Sembilan vs T-Team (N9)

Lama.tapi sudah dibaharukan

Lama gua x menulis blog,bukan nak jadi blogger sepenuh masa.cuma sebelum ini sedikit sibuk.aku bekerja.bukan menganggur,harapkan daun2 di pokok akan bertukar menjadi duit lalu akan ku goncangkan sehingga jatuh.sambil melayan lagu2 coldplay dan perut yang berkeroncong,aku akan memulakan cerita ini..

Yaaa takde apa cerita,saja kasi meriah.cerita aku bukanlah mcm cerita adik Adinda Evans yang dahulunya mengaku sudah kehilangan dara pada usia muda.sayang,ibu bapa kau mesti sekarang sudah mula menyarung paper bag bagi menutup muka.nak granded sikit pakai paper bag Gucci.baru ade caro sikit.malu dengan bergaya.
Jadi,saja je.itu je yang aku nak menulis.aku jadi lebih minat untuk menulis blog kembali setelah aku mendapat idea ayat2 baru dan bernas.sekiyan,Peace.No Drunk and Drive.just drink.then drive.

Sunday, February 13, 2011

13hb February 2011 - Berdarah



Mungkin ini aku akan jadikan satu peringatan sampai bila² dekat aku.
minggu ni kitorang akan ride ke Putrajaya.tapi kali ni suasananya starting memang
rasa tak sedap jer hati.terutama mak aku.biasanya aku kalau nk kayuh aku akan
beritau dia,then dia OK jer.time nk ke Putrajaya ni,hati dia sebenarnya rasa tak
sedap nak biar aku pergi sana.tapi aku tetap gerak gak.
masa otw ke Danau Kota untuk tunggu Sarol,aku rasa tak sedap hati gile.aku cakap
dengan diorang aku nak g KL jer ride.then tak dapat.majoriti nak ke Putrajaya jugak,
so kasi kayuh la derr.

Masa lepas pitstop dekat Seri Kembangan punye RNR,perjalanan diteruskan.time tu
aku dah jadi happy sebab sikit lagi nk sampai Putrajaya.masa tengah kayuh,aku heran
sebab aku ada dengar satu suara cm urgent calling dari belakang,aku toleh belakang,
bila aku toleh,aku punya basikal sudah tersodok Pojie punya axle hub.
kepala aku terhentak dekat axle hub Pojie dan bocor kepala aku.sumpah darah banyak
gila waktu tu.aku cm blur je kenapa jadi cmtu.bebudak semua dah start busy untuk
menolong.Ada yang lap darah aku,Ayul sudah call Buyong untuk datang
kutip aku.Sarol tengah calling Ambulans.

Sampai di Hospital Putrajaya,doctor buat x ray dekat kepala aku.Alhamdulillah,
otak aku takde crack or whatever yang tak baik la terjadi.
dan kepala aku dijahit.7 jahitan la semuanya..

Lepas dah selesai semua,aku boleh pulang ke rumah.
Buyong hantar aku balik rumah dengan kereta dia.
Thanks semua yang terlibat wehh.banyak sangat korang membantu :)

So,peringatan dekat semua kengkawan yang berbasikal.pakailah helmet ye.
atau lebih selamat lagi,pasang lah brek di basikal anda untuk fixed gear bikes.
kalau takut untuk amik risiko,pasang je.jangan malu.pilih malu atau nyawa.
sebab aku pakai helmet pun injured jugak,so bayangkan kalau tak pakai helmet.?
maybe dah pecah kepala tu.sayangi nyawa anda dan ingatilah Ibu Bapa anda sentiasa :)

Tuesday, February 8, 2011

Tour Of West Selangor

Mak Bapak aku kata aku mungkin dah gila.tapi takpa.
diorang tetap bangga dan sokong dengan apa yang aku buat.
total yang kayuh 9 orang semuanya.kali ni memang sangat sikit total cyclist
yang follow kerana yang lain semua bekerja.so tak dapat ikut.
kita terus masuk la cerita.


bermula dari :

SELAYANG-KEPONG-IJOK-KUALA SELANGOR-JERAM-KAMPAR-MERU-KLANG
SETIA ALAM-SHAH ALAM-KELANA JAYA-DAMANSARA-KEPONG-SELAYANG

before kayuhan yang memakan masa 13 jam ni,aku hanya dapat tidur selama 3 jam je.
sumpah aku rasa yang aku akan tidur sampai petang.tapi sebab bapak aku yang kejut
solat subuh,dan aku rasa memang nak pegi jugak kayuhan nehh,
so akhirnya aku dapat bangun juga dan bergerakk :D

Kali ni memang gila lah.yang berkayuh 9 orang saje.Kereta takde follow pulak tu.
apa yang aku bawak just card bank,boleh main cucuk duit,helmet,dan tepon.ngam :)

7 orang dari Selayang menanti Bang Sarol dan Bob untuk berkayuh.
mereka datang dari Batu Caves.centre point di Kepong.lepas mereka sampai,
terus kayuh sampai lah ke Ijok.




Ijok merupakan pitstop yang pertama.
time tu aku dah rasa tak larat gila dah.waktu matahari tengah terik
atas kepala.time tu aku dah start terkebil kebil dan menguap.sumpah la kalau
waktu tu aku jumpa orang yang aku benci,aku pergi lempang kepala dia.tekanan beb.
panas gila cuaca.memang kesabaran diuji habis la waktu tu.ehehe

Tak lama tu,kayuhan diteruskan lagi untuk memenuhi misi ke Kuala Selangor.
tak lama tu kami pun tiba di Kuala Selangor.masa tu semua dah bising nak cari
kedai makan nak mencekik.laparrr bebb.kami makan tengah hari di satu restoran
nasi campur di sana.lauk dia ok lah.sekadar mengisi perut yang kosong
bila perut lapar bagi makan anjing pun kitorang makan.


MAAAAAAAAKAAAAAAAN TIMEEEEEEEE.!

Ok lah,lepas dah selesai mencekik,nasi campur,pisang dan air sampai 2 gelas.
kami pun berkayuh lah untuk sampai ke Bukit Malawati.tempat tengok berok melepak.
nak mendaki bukit tu dah macam kt Perancis dah.sohai.aku rasa nak muntah time tu.
perut penuh kasi kayuh lagi.asik tersedak je waktu tu
bila dah sampai memang best la kasi chill dulu.tengok berok.
gila seronok berok stay situ.mewah baii.orang datang kasi makan.dah la habitat
takyah bayar sewa.haish untung cukup untung.

sesudah selesai bergambar semua berehat semua bagai,Bang Sarol kasi route
balik yang memang gila.jauhhh.kitorang balik route ni akan melalui
Meru,Kampar,Klang,Setia Alam,Shah Alam dan banyak lagi.time tu pedih ar sikit.
tapi jalan tu besttt.so ikut saja..
waktu balik paling bestt,bahang dia memang rasa cm dekat Perlis.panas gila dol.
aku memang tak bercakap apa waktu kayuh tu.senyap jer dan asik tunduk bawah.
dari Kuala Selangor,terussslah kayuh sampai kami berhenti berehat di
Setia Alam.



Dalam imej menunjukkan Bob sedang makan.itu bukan aku.hahahaha
Comel je Bob makan.hahahahaha.waktu ni memasing kulit memang berbelang habis dah.
udah macam udang baii.Bang Sarol bagitau yang kita masih jauh.banyak lagi route
yang belum dihabiskan.haha

Ini makanan aku untuk sekadar mengisi perut yang kosong semasa di Setia Alam.
kalau tak makan boleh pitam derrr.



Dan kami teruskan kayuhan sampai ke Shah Alam.satu tragedi berlaku,
iaitu tiub aku bocor.uish cibai.tapi memang best.tiub bocor bawah flyover.
dan tub tub hujan turun dengan lebatnya.so jangan dilepaskan peluang ini.
kasi tidur lah semua.Bang Sarol tak boleh tidur.dia steady jaga basikal.
kalau dia tidur,alamatnya basikal hilang.Bob tidur ayam aku rasa kot.
sebab dia baring tak silap aku.tiub aku ditampal.sebab tiub spare takde.
Dan aku rasa sangat seronok dapat tidur bawah flyover.1st time cmni.


HAA KASI TIDUR LAH SEMUA KASI TIDUR.HAHAHAHA.KAADEEAADDD.!

Lepas dalam nak hampir 30 minit tidur,Bang Sarol sudah kasi kejut semua budak.
waktu tu hujan belum reda,tapi kena teruskan kayuh.kalau tak,takkan sampai.
berkayuh di dalam hujan.da macam Athlete dah rase.hahaha
kayuhan diteruskan lagi sampai tiba di Damansara.kitorang sampai sana malam


Dalam pukul 8.00 kami tiba di Damansara Uptown untuk dinner.
Otak² saje total rm16.ni makan ke menelan ni.?hahaha
baru total otak².main dishes belum lagi.time tu dah seronok gila.
sebab lagi 2 tempat je akan sampai rumah masing².so kayuh hati pun tenang
takde nak serabut ke apa lagi dahh.dalam awal pukul 10 kami tiba di Kediaman
masing²

Dan inilah hasilnya :DD


Nice.aku harap lepas ni dapat join lagi.pergi dan pulang dengan selamat.
:D