Sunday, February 13, 2011

13hb February 2011 - Berdarah



Mungkin ini aku akan jadikan satu peringatan sampai bila² dekat aku.
minggu ni kitorang akan ride ke Putrajaya.tapi kali ni suasananya starting memang
rasa tak sedap jer hati.terutama mak aku.biasanya aku kalau nk kayuh aku akan
beritau dia,then dia OK jer.time nk ke Putrajaya ni,hati dia sebenarnya rasa tak
sedap nak biar aku pergi sana.tapi aku tetap gerak gak.
masa otw ke Danau Kota untuk tunggu Sarol,aku rasa tak sedap hati gile.aku cakap
dengan diorang aku nak g KL jer ride.then tak dapat.majoriti nak ke Putrajaya jugak,
so kasi kayuh la derr.

Masa lepas pitstop dekat Seri Kembangan punye RNR,perjalanan diteruskan.time tu
aku dah jadi happy sebab sikit lagi nk sampai Putrajaya.masa tengah kayuh,aku heran
sebab aku ada dengar satu suara cm urgent calling dari belakang,aku toleh belakang,
bila aku toleh,aku punya basikal sudah tersodok Pojie punya axle hub.
kepala aku terhentak dekat axle hub Pojie dan bocor kepala aku.sumpah darah banyak
gila waktu tu.aku cm blur je kenapa jadi cmtu.bebudak semua dah start busy untuk
menolong.Ada yang lap darah aku,Ayul sudah call Buyong untuk datang
kutip aku.Sarol tengah calling Ambulans.

Sampai di Hospital Putrajaya,doctor buat x ray dekat kepala aku.Alhamdulillah,
otak aku takde crack or whatever yang tak baik la terjadi.
dan kepala aku dijahit.7 jahitan la semuanya..

Lepas dah selesai semua,aku boleh pulang ke rumah.
Buyong hantar aku balik rumah dengan kereta dia.
Thanks semua yang terlibat wehh.banyak sangat korang membantu :)

So,peringatan dekat semua kengkawan yang berbasikal.pakailah helmet ye.
atau lebih selamat lagi,pasang lah brek di basikal anda untuk fixed gear bikes.
kalau takut untuk amik risiko,pasang je.jangan malu.pilih malu atau nyawa.
sebab aku pakai helmet pun injured jugak,so bayangkan kalau tak pakai helmet.?
maybe dah pecah kepala tu.sayangi nyawa anda dan ingatilah Ibu Bapa anda sentiasa :)

Tuesday, February 8, 2011

Tour Of West Selangor

Mak Bapak aku kata aku mungkin dah gila.tapi takpa.
diorang tetap bangga dan sokong dengan apa yang aku buat.
total yang kayuh 9 orang semuanya.kali ni memang sangat sikit total cyclist
yang follow kerana yang lain semua bekerja.so tak dapat ikut.
kita terus masuk la cerita.


bermula dari :

SELAYANG-KEPONG-IJOK-KUALA SELANGOR-JERAM-KAMPAR-MERU-KLANG
SETIA ALAM-SHAH ALAM-KELANA JAYA-DAMANSARA-KEPONG-SELAYANG

before kayuhan yang memakan masa 13 jam ni,aku hanya dapat tidur selama 3 jam je.
sumpah aku rasa yang aku akan tidur sampai petang.tapi sebab bapak aku yang kejut
solat subuh,dan aku rasa memang nak pegi jugak kayuhan nehh,
so akhirnya aku dapat bangun juga dan bergerakk :D

Kali ni memang gila lah.yang berkayuh 9 orang saje.Kereta takde follow pulak tu.
apa yang aku bawak just card bank,boleh main cucuk duit,helmet,dan tepon.ngam :)

7 orang dari Selayang menanti Bang Sarol dan Bob untuk berkayuh.
mereka datang dari Batu Caves.centre point di Kepong.lepas mereka sampai,
terus kayuh sampai lah ke Ijok.




Ijok merupakan pitstop yang pertama.
time tu aku dah rasa tak larat gila dah.waktu matahari tengah terik
atas kepala.time tu aku dah start terkebil kebil dan menguap.sumpah la kalau
waktu tu aku jumpa orang yang aku benci,aku pergi lempang kepala dia.tekanan beb.
panas gila cuaca.memang kesabaran diuji habis la waktu tu.ehehe

Tak lama tu,kayuhan diteruskan lagi untuk memenuhi misi ke Kuala Selangor.
tak lama tu kami pun tiba di Kuala Selangor.masa tu semua dah bising nak cari
kedai makan nak mencekik.laparrr bebb.kami makan tengah hari di satu restoran
nasi campur di sana.lauk dia ok lah.sekadar mengisi perut yang kosong
bila perut lapar bagi makan anjing pun kitorang makan.


MAAAAAAAAKAAAAAAAN TIMEEEEEEEE.!

Ok lah,lepas dah selesai mencekik,nasi campur,pisang dan air sampai 2 gelas.
kami pun berkayuh lah untuk sampai ke Bukit Malawati.tempat tengok berok melepak.
nak mendaki bukit tu dah macam kt Perancis dah.sohai.aku rasa nak muntah time tu.
perut penuh kasi kayuh lagi.asik tersedak je waktu tu
bila dah sampai memang best la kasi chill dulu.tengok berok.
gila seronok berok stay situ.mewah baii.orang datang kasi makan.dah la habitat
takyah bayar sewa.haish untung cukup untung.

sesudah selesai bergambar semua berehat semua bagai,Bang Sarol kasi route
balik yang memang gila.jauhhh.kitorang balik route ni akan melalui
Meru,Kampar,Klang,Setia Alam,Shah Alam dan banyak lagi.time tu pedih ar sikit.
tapi jalan tu besttt.so ikut saja..
waktu balik paling bestt,bahang dia memang rasa cm dekat Perlis.panas gila dol.
aku memang tak bercakap apa waktu kayuh tu.senyap jer dan asik tunduk bawah.
dari Kuala Selangor,terussslah kayuh sampai kami berhenti berehat di
Setia Alam.



Dalam imej menunjukkan Bob sedang makan.itu bukan aku.hahahaha
Comel je Bob makan.hahahahaha.waktu ni memasing kulit memang berbelang habis dah.
udah macam udang baii.Bang Sarol bagitau yang kita masih jauh.banyak lagi route
yang belum dihabiskan.haha

Ini makanan aku untuk sekadar mengisi perut yang kosong semasa di Setia Alam.
kalau tak makan boleh pitam derrr.



Dan kami teruskan kayuhan sampai ke Shah Alam.satu tragedi berlaku,
iaitu tiub aku bocor.uish cibai.tapi memang best.tiub bocor bawah flyover.
dan tub tub hujan turun dengan lebatnya.so jangan dilepaskan peluang ini.
kasi tidur lah semua.Bang Sarol tak boleh tidur.dia steady jaga basikal.
kalau dia tidur,alamatnya basikal hilang.Bob tidur ayam aku rasa kot.
sebab dia baring tak silap aku.tiub aku ditampal.sebab tiub spare takde.
Dan aku rasa sangat seronok dapat tidur bawah flyover.1st time cmni.


HAA KASI TIDUR LAH SEMUA KASI TIDUR.HAHAHAHA.KAADEEAADDD.!

Lepas dalam nak hampir 30 minit tidur,Bang Sarol sudah kasi kejut semua budak.
waktu tu hujan belum reda,tapi kena teruskan kayuh.kalau tak,takkan sampai.
berkayuh di dalam hujan.da macam Athlete dah rase.hahaha
kayuhan diteruskan lagi sampai tiba di Damansara.kitorang sampai sana malam


Dalam pukul 8.00 kami tiba di Damansara Uptown untuk dinner.
Otak² saje total rm16.ni makan ke menelan ni.?hahaha
baru total otak².main dishes belum lagi.time tu dah seronok gila.
sebab lagi 2 tempat je akan sampai rumah masing².so kayuh hati pun tenang
takde nak serabut ke apa lagi dahh.dalam awal pukul 10 kami tiba di Kediaman
masing²

Dan inilah hasilnya :DD


Nice.aku harap lepas ni dapat join lagi.pergi dan pulang dengan selamat.
:D